Profil

Idea penubuhan Ikatan Al-Ammar (“Al-Ammar”) tercetus dari keazaman sekumpulan profesional dan usahawan bagi membantu meningkatkan tahap pendidikan dan ekonomi masyarakat Islam yang kurang berkemampuan.

Mesyuarat pertama kearah merealisasikan impian ini telah diadakan pada bulan April 2015.

Al-Ammar adalah sebuah pertubuhan NGO yang bergiat dalam kerja-kerja amal dan bukan berorentasikan keuntungan.

Al-Ammar berhasrat menganjurkan pelbagai program yang dapat membentuk keperibadian dan semangat kerjasama dikalangan ahli Ikatan.

Tumpuan program adalah bagi meningkatkan taraf pendidikan, memperkasakan ekonomi dan pembangunan komuniti.

Comments are closed